KUALA LUMPUR, 6 JUN - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan parti itu yang dijangka akan dilaksanakan pada akhir bulan ini.

Menurut Jamal, Hasratnya untuk bertanding bertujuan untuk membina kembali semangat perjuangan kepada ahli-ahli Umno terutamanya kepada pemuda-pemuda demi mendapatkan kembali sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap parti keramat itu.

Walaupun diburu oleh pihak berkuasa, Jamal tekad untuk bertanding demi memastikan kekecewaan yang telah dialaminya dapat diubati oleh kerana ditindas oleh Kerajaan PH.

Beliau (Jamal) merasakan dirinya ditindas kerana beliau pasti Kerajaan PH yang kini dibawah naungan Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja menjadikan dirinya sebagai mangsa dendam politik sehingga diburu oleh pihak berkuasa untuk memastikan dirinya dikenakan tindakan walaupun kes berkenaan adalah kecil dan apa yang dilakukan olehnya demi kepentingan masyarakat khususnya di negeri Selangor.

" Marilah kita bersama-sama bangkit demi semangat perjuangan yang suci untuk membantu mendapatkan kembali sokongan dan kepercayaan rakyat," kata jamal. - KITAIKINI