Kerajaan pusat dibawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) telah banyak membantu para nelayan Sekinchan yang ditahan di Indonesia dengan membawa balik mereka ke tanahair.

Seringkali kita mendengar pihak berkuasa Indonesia menembak,membakar dan memusnahkan kapal-kapal nelayan malaysia yang mencerobohi perairan mereka.

Pada 27 Januari 2012 yang lalu satu memorandum persefahaman telah dimeterai oleh pihak Malaysia-Indonesia dan diantara isi yang terkandung 'pihak penguatkuasaan hanya perlu mengerahkan mereka kembali ke dalam perairan masing-masing' tetapi terdapat segelintir pihak penguatkuasaan undang-undang Indonesia yang tidak bertanggungjawab mengambil langkah pendek menembak bot-bot nelayan Malaysia sehingga menyebabkan berlakunya ketegangan kembali kepada kedua-dua pihak.

Suatu peristiwa yang berlaku pada 4 Mac 2016 yang lalu, dua nelayan Sekinchan iaitu Chua Lee Teck, 45, dan Heng Chee Yong, 29 telah ditahan kerana dipercayai telah mencerobohi perairan Indonesia dan telah dibebaskan pada 16 Jun 2016 di atas usaha kerajaan BN yang mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa disana.

Akan tetapi bot mereka telah dimusnahkan dan berlaku ketidakpuasan kerana pihak Indonesia telah melanggari Memorandum Persefahaman kepada kedua-dua pihak.

Pada 11 April 2018 yang lalu seorang nelayan yang bernama Chia Kee Chan telah dibebaskan oleh Pihak Berkuasa Indonesia selepas ditahan pada 17 Februari 2016 yang lalu di Penjara Labuhan Deli, Medan, Indonesia kerana dipercayai telah menceroboh perairan negara jiran berkenaan
Lain pula konflik yang berlaku terhadap Kee Chan, kerana Kee Chan sepatutnya sudah dibebaskan terlebih awal tanpa menunggu sehingga 2 tahun.

Ini disebabkan keluarga Kee Chan telah dihasut oleh kepimpinan DAP Sekinchan supaya tidak berurusan dengan Barisan Nasional Sungai Besar yang dipimpin oleh Pengerusinya, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Selepas 2 tahun Kee Chan ditahan barulah keluarganya merayu dan menceritakan perkara sebenar yang berlaku dan diatas rundingan kepimpinan BN Sungai Besar, Kee Chan berjaya dibebaskan dan tidak ditahan sehingga tempoh yang berlanjutan. - KITAIKINI