KUALA LUMPUR, 7 FEB - Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos memberitahu mendapat perkhabaran bahawa Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dikejarkan ke Hospital selepas mengikuti Manifesto Barisan Nasional PRU-14 yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.

Dalam pesanan suara yang dihantar oleh Jamal di dalam aplikasi 'Whatsapp',Beliau berharap Tun Mahathir tidak menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam ini kerana difahamkan, Tun Mahathir telah ditempatkan Di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mendengar beberapa bantuan yang telah diucapkan oleh Perdana Menteri.

Di dalam Manifesto BN PRU-14 sebentar tadi, Perdana Menteri telah menyebutkan tentang beberapa perkara dan menyatakan yang ianya mampu dilaksanakan dan mampu memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat.

Pada Jam 8.30 malam tadi Perdana Menteri telah menyampaikan Manifesto BN PRU-14 untuk mencipta satu lagi sejarah perancangan untuk rakyat dan masa depan malaysia.- KITAIKINI