KUALA LUMPUR, 5 MAC - Pasangan beregu wanita junior kebangsaan, Pearly Tan Koong Le-Toh Ee Wei meraih gelaran antarabangsa musim ini dengan memenangi Kejohanan Badminton Grand Prix Junior Belanda di Haarlem, Belanda pada Ahad (awal pagi Isnin waktu Malaysia).

Pasangan pilihan ketiga itu menjadi tumpuan apabila menewaskan pasangan pilihan utama, Liu Xuanxuan-Xia Yuting dari China, memenangi straight set; 21-19 dan 21-19 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Badminton Hall Duinwijck, menurut laman web Persatuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfbadminton.com.

Terdahulu, pasangan itu mengalahkan pasangan China lain, pilihan ketujuh Chen Yingying-Zhang Shuxian; 21-13 dan 21-12 pada pusingan separuh akhir.

Sebanyak 328 pemain dari 36 negara mengambil bahagian dalam pertandingan empat hari tersebut yang bermula Rabu lepas. - BERNAMA