KUALA LUMPUR, 26 MAC - Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos menegaskan akan menghalang kumpulan BERSIH 2.0 yang difahamkan diketuai oleh Mohamad Sabu, Presidan Parti Amanah Negara (AMANAH) di Parlimen pada hari rabu ini tentang bantahan mereka terhadap pembentangan laporan persempadanan semula.

Menurut Jamal, Baju Merah tetap konsisten seperti dahulu dengan menyatakan istilah ' Tiada Kuning, Tiada Merah ' bermaksud jika tiada kumpulan Bersih, tiada juga kumpulan Baju Merah.

" Jika Bersih keluar pada hari tersebut, Baju Merah juga akan keluar beramai-ramai untuk memastikan apa yang mereka idamkan bagi mengadakan huru hara didalam negara ini tidak akan menjadi dan kami tidak teragak-agak untuk melakukan apa saja untuk mematahkan demonstrasi yang tidak bermoral yang tidak bermaruah oleh Bersih," kata jamal.

" Bagi saya biarlah parlimen yang menentukan tentang persempadanan baru sama ada diluluskan ataupun tidak, campur tangan bersih bagi saya hanyalah satu provokasi yang melampau untuk menyemarakkan kebencian masyarakat terhadap kerajaan," kata jamal lagi.

Jamal memaklumkan akan mengerahkan 5000-10000 orang 'Baju Merah' untuk membantah kumpulan Bersih jika mereka berhimpun pada hari tersebut.

Jamal turut mengarahkan peguamnya untuk mengambil perintah mahkamah untuk menghalang Bersih daripada melakukan kekacauan di Parlimen.

" Perhimpunan yang dianjurkan oleh mereka adalah kerana politik dan yang menyertainya juga adalah orang-orang politik parti pembangkang, Tun Mahathir juga difahamkan akan bersama pada perhimpunan tersebut," kata jamal.

" Kami tidak akan membenarkan mereka melanggar undang-undang dan saya menyeru kepada rakan-rakan baju merah di seluruh negara bersiap sedia terutamanya di kawasan lembah klang, selangor, negeri sembilan untuk bersama-sama dengan kami pada hari rabu ini jika berlaku keadaan seperti yang dinyatakan," kata jamal lagi. - KITAIKINI