KUALA LUMPUR, 21 FEB - Pengerusi Gabungan Ngo Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos membuat kejutan pada hari ini apabila hadir di cawangan CIMB Bank, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan membawa cek dan replika cek bernilai AS$1.8 Bilion (RM 7 Bilion) untuk di dermakan kepada Tabung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Menurut Jamal, beliau berbuat demikian supaya PPBM dapat menghentikan kutipan tabung derma yang dilancarkan pada beberapa minggu yang lalu kerana dianggap sebagai menyusahkan rakyat Malaysia.

" Saya ingin memberitahu kepada rakyat malaysia bahawa Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad telah bermain sandiwara untuk mengaburi pandangan dan juga membohongi rakyat dengan membuat kutipan derma sedangkan beliau sebenarnya telah membawa AS$1.8 Billion wang samunan ketika menjadi perdana menteri yang lalu masuk ke Malaysia untuk menampung gerak kerja PRU14," kata jamal.

" Duit berkenaan juga digunakan untuk membayar kepada parti komponen Pakatan Harapan (PH) dalam sesi lantikan Tun Mahathir menjadi Pengerusi parti komponen tersebut," kata jamal.

" Sebanyak RM 1Bilion dibayar kepada Democratic Action Party (DAP) dan RM 700 Juta kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR)," kata jamal lagi.

Jamal memberitahu mempunyai bukti-bukti tentang perkara berkenaan dan akan menyerahkan pada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelak.

" Mereka menuduh Datuk Seri Najib Razak pemimpin 'kletopkrasi' tetapi hakikatnya merekalah sebenarnya pemimpin 'kletopkrasi', saya berharap rakyat malaysia tidak menderma kepada tabung berkenaan, lebih elok menderma kepada anak-anak yatim, surau ataupun masjid," kata jamal.

" Mereka kata rakyat terbeban dengan kos sara hidup, ini dia nak tambahkan lagi kesusahan rakyat dengan meminta derma," kata jamal lagi. - KITAIKINI