KUALA LUMPUR, 26 FEB - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menyarankan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bertanding di Dun Sekinchan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di dun berkenaan seterusnya dapat menyumbangkan satu kerusi bagi kemenangan BN Di Selangor.

Jamal yang mengambil pandangan terhadap pencalonan yang diumumkan oleh Tiong Lai pada minggu lalu yang meletakkan Lee Yee Yuan,29, seorang arkitek dan juga ahli jawatankuasa MCA Bahagian Sungai Besar sebagai bakal calon di dun berkenaan berkata, beliau berharap Presiden MCA berkenaan dapat meletakkan calon yang betul-betul boleh memastikan Sekinchan dapat menawan kembali dun tersebut.

" Saya tidak ada masalah dengan sesiapa pun yang akan menjadi calon, tetapi biarlah calon yang pastinya dapat menambat hati pengundi dan menunjukkan komitmen yang tinggi untuk kemenangan, Jika tidak saya sendiri yang akan menentang," kata jamal.

Ini berikutan sudah tiga penggal BN kalah di tangan penyandangnya Ng Suee Lim (DAP).

Jadi jamal berpendapat untuk meletakkan calon yang sesuai dan mampu memastikan Sekinchan dikuasai oleh BN pada Pilihanraya Umum Ke-14 yang akan datang, lebih baik Presiden MCA itu sendiri yang bertanding di dun berkenaan kerana dengan nama yang ada pasti BN Sungai Besar akan berjaya menumbangkan Ng Suee Lim.

" Jika Presiden MCA berkenaan yang bertanding di dun Sekinchan daripada 10,000 pengundi sudah pasti 5000 lebih akan mengundi beliau," kata jamal.

" Selebihnya kita serah kepada pucuk kepimpinan untuk menentukannya," kata jamal lagi. - KITAIKINI