KUALA LUMPUR, 10 Jan - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos hari ini mencabar Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad supaya dapat bertanding di Parlimen Sungai Besar pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Ini berikutan terdapat beberapa senarai yang tersebar di media sosial menunjukkan beberapa kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh PPBM pada PRU 14 termasuk di Sungai Besar.

Susulan daripada itu, Jika benar PPBM akan meletakkan kerusinya di Parlimen Sungai Besar, Jamal berharap calon PPBM yang akan bertanding di parlimen tersebut ialah Tun Mahathir.

" Saya mengalu-alukan kedatangan Tun Dr Mahathir iaitu Pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan itu untuk bertanding di Parlimen Sungai Besar," kata Jamal.

" Kami di Sungai Besar berharap semoga impian kami untuk Tun Mahathir bertanding di Sungai Besar pada PRU 14 yang akan datang menjadi kenyataan," kata Jamal lagi. - KITAIKINI