KOTA KINABALU, 12 JAN - Mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Pitas, Kudat setakat 8 pagi ini kekal 10 orang daripada tiga keluarga sepertimana malam tadi.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, berkata mereka ditempatkan di PPS Kampung Sinukab Kinabongan.

"Setakat jam 8.46 pagi tadi paras air sungai utama di daerah itu iaitu Sungai Bengkoka adalah 3.11m berada di paras amaran dan Sungai Kebatasan berada diparas waspada iaitu 5.40m," kata agensi itu dalam kenyataan pagi ini.

Menurutnya, keadaan cuaca di daerah itu setakat ini adalah cerah namun dua kampung iaitu Kampung Kabatasan Laut dan Kampung Masin Besar Kanibongan masih terjejas banjir. - BERNAMA