KUALA LUMPUR, 11 JAN - Pelakon Korea yang dikenali menerusi drama Wild Romance, Lee Si Young dilaporkan selamat menimang cahaya mata sulungnya.

Menurut kenyataan yang diberikan oleh agensinya, Huayi Brother, bayi lelaki itu selamat dilahirkan pada petang 7 Januari dan berada dalam keadaan sihat.

“Lee Si Young selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Seoul. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan yang baik.

“Lee Si Young kini sedang berehat dan menjalani tempoh berpantang. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada keluaga, sahabat dan peminat yang mendoakan serta memberikan ucapan tahniah untuk dirinya,” kata wakil agensinya.

Lee Si Young telah berkahwin dengan Jo Seung Hyun yang merupakan seorang ahli perniagaan pada 30 September lalu bertempat di sebuah hotel di Seoul. - ALLKPOP