KUALA LUMPUR, 9 JAN - Permodalan BSN Bhd (PBSNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan tiga dananya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2017.

Anak syarikat milik penuh Bank Simpanan Nasional itu mengumumkan agihan 0.85 sen atau RM2.33 juta bagi Amanah Saham BSN (ASBSN), 0.55 sen atau RM1.29 juta bagi BSN Dana Al-Jadid dan 0.55 sen atau RM1.41 juta bagi BSN Dana Dividen Al-Ifrah.

Pelaburan semula unit agihan pendapatan bagi Al-Jadid dan Al-Ifrah akan dibuat pada hari ketiga bekerja selepas pengumuman ini, manakala pelaburan semula bagi ASBSN dibuat pada 31 Jan, 2018.

"Lembaga pengarah dan pengurusan PBSNB mengucapkan terima kasih kepada semua pelabur atas sokongan dan kesetiaan berterusan bersama kami sehingga ke hari ini.

"Pihak kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi pencapaian dan perkhidmatan pada tahun akan datang,? kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Kamarul Izam Idrus. - BERNAMA