KUALA LUMPUR, 28 OGOS - Seekor kuda naik minyak ketika raptai sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Ini menyebabkan seorang anggota Kontinjen Istiadat Berkuda Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terjatuh apabila kuda yang ditunggangi itu bertindak agresif dan tidak dapat dikawal.

Namun begitu tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam dan acara raptai diteruskan seperti biasa. - BERNAMA