KUALA LUMPUR, 11 DIS - Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos dibebaskan oleh Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada hari ini kira-kira jam 1.35 petang tadi.

Jamal yang ditahan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2017 (PAU 2017) di Perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari sabtu yang lalu direman selama 2 hari untuk membantu siasatan terhadap gimik yang dilakukan terhadap bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim, susulan penghinaan yang dilakukan oleh Zaid terhadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Jamal disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

Terdahulu, Jamal telah membuat satu laporan polis terhadap penghinaan yang dilakukan oleh Zaid dan melakukan 'GIMIK' membawa replika berlatar belakangkan gambar Zaid dan memukul replika berkenaan serta membakarnya.

Oleh kerana tindakan yang dilakukan oleh Jamal itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Zaid terhadap Jamal kerana takut diatas tindakan yang dilakukan oleh Jamal terbabit.

Jamal turut menyatakan ketidakpuasan hati terhadap penahannya kerana laporan polis yang pertama dibuat olehnya terhadap Zaid tidak diambil tindakan oleh Pihak Polis.

Sebaliknya, Jamal yang terlebih dahulu ditahan.

" Polis Janganlah 'Double Standard', Sepatutnya tahanlah Zaid Ibrahim terlebih dahulu sebelum menahan saya," kata Jamal. - KITAIKINI.