BERIKUT MERUPAKAN KENYATAAN DATO JAMAL MD YUNOS BERHUBUNG TINDAKAN PIMPINAN MARIA CHIN ABDULLAH UNTUK MENERUSKAN PENGANJURAN BERSIH 5

Kenyataan terbaharu pimpinan Bersih 2.0 yang dikepalai Maria Chin Abdullah untuk meneruskan perhimpunan BERSIH 5 dilihat amat terdesak.

Maria Chin dilihat seperti seekor anjing betina yang menyalak di bukit dengan bongkak merancang bersama kuncu-kuncunya turun ke jalan raya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tindakan Maria Chin dan kuncu-kuncunya menganjurkan BERSIH 5 bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam malah bakal menimbulkan provokasi yang akhirnya menggugat keselamatan negara.

Saya 'mengalu-alukan' penganjuran BERSIH 5 ini dan Gerakan Baju Merah sudah bersiap siaga untuk berhadapan dengan mereka.

Saya bersama rakan-rakan NGO akan menganjurkan Gerakan Baju Merah pada hari dan tarikh yang sama penganjuran BERSIH 5 bagi menghalang agenda kotor dan jijik puak-puak pengkhianat negara mencabul sistem demokrasi berparlimen di negara ini.

DATO JAMAL MD YUNOS
Gabungan NGO Malaysia
Rabu, 3 Ogos 2016