Khabar angin bertiup kencang mengenai penyanyi no 1 Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza yang bakal meninggalkan dunia seni selepas Konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends di Stadium Negara yang bakal berlangsung pada 2 April ini.

Siti Nurhaliza sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk berehat dari dunia seni.

Menurut laporan forum CARI, memang benar Siti Nurhaliza akan bersara namun bukanlah bermaksud beliau akan terus meninggalkan dunia seni, sebaliknya hanya mengambil rehat selama 6 bulan – sebelum kembali aktif selepas Aidilfitri nanti.

Sebelum ini, selepas berita mengenai dirinya keguguran, Siti pernah menjelaskan dia mahu berehat sebentar dari dunia hiburan kerana mahu memberikan tumpuan kepada keluarga dan usaha untuk mendapatkan zuriat.